Written by Abie
|
Saturday, 25 July 2009 10:31
|
Anak kecil anda
pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak
menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar.
Anak-anak pada
usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit.
Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan
fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui
sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu
pencapaian mereka setiap hari.
Kadang-kadang,
ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda.
Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya
tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan
tersebut sejak dari kecil.
Di bawah ini
adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan
yang betul: -
Anda hendaklah Konsisten
Konsisten adalah
syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh
dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan
menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda
melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti
anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.
Jangan lupa
bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan
orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah
perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali
mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda
sendiri berselerak.
Hapuskan Tarikan Negatif
Anda sudah tahu
yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara
semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah
amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada,
percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan
barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau
barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca
elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang
terbuka serta bahan-bahan
pencuci dan ubat-ubatan.
Alihkan Tumpuan
Jika anak kecil
anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan
sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan
anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau
barangan lain.
Adalah amat
penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini,
anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej
yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain
dibolehkan jika dia marah.
Tunjukkan Kasih Sayang
Yang paling
penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya
walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang
ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau
menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan
sesuatu yang anda tidak suka.
Biarkan anak-anak
sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku.
Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika
undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu
ini.
|
Friday, November 1, 2013
DIDIK ANAK DENGAN DISIPLIN YANG BETUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment