Written by Abie
|
Saturday, 25 July 2009 10:31
|
Anak kecil anda
pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak
menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar.
Anak-anak pada
usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit.
Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan
fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui
sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu
pencapaian mereka setiap hari.
Kadang-kadang,
ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda.
Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya
tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan
tersebut sejak dari kecil.
Di bawah ini
adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan
yang betul: -
Anda hendaklah Konsisten
Konsisten adalah
syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh
dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan
menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda
melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti
anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.
Jangan lupa
bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan
orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah
perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali
mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda
sendiri berselerak.
Hapuskan Tarikan Negatif
Anda sudah tahu
yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara
semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah
amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada,
percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan
barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau
barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca
elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang
terbuka serta bahan-bahan
pencuci dan ubat-ubatan.
Alihkan Tumpuan
Jika anak kecil
anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan
sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan
anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau
barangan lain.
Adalah amat
penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini,
anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej
yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain
dibolehkan jika dia marah.
Tunjukkan Kasih Sayang
Yang paling
penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya
walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang
ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau
menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan
sesuatu yang anda tidak suka.
Biarkan anak-anak
sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku.
Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika
undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu
ini.
|
Friday, November 1, 2013
DIDIK ANAK DENGAN DISIPLIN YANG BETUL
kanak2 CEMERLANG dari ibu bapa CEMERLANG.
16 cara didik anak berbudi bahasa |
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum |
Written by Ana Nasir |
Saturday, 21 March 2009 21:43 |
Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.
Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.
Praktik kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.
Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.
Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.
Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.
Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.
Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.
Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.
Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.
Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.
Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.
Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘
Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’
Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.
Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.
Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!
References : Pa & Ma
|
Subscribe to:
Posts (Atom)