Oleh SAODAH ABD. RAHMAN (Utusan Online)
Ramai
ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak
sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul
dan bermain bersama rakan-rakan. Islam menggalakkan ibu bapa mendidik
anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf
hidup dan kedudukan. Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin
menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang
begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.
{mosgoogle}
Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada
pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga
dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan
tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan
dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri
apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.
Psikologi
kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin
melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan
memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh
umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu
baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.
Baginda
memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga
bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi
bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah
beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising
lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW
memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai
kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.
Kecemerlangan
kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran
kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka
didedahkan kepada persekitaran.
Ketika ini ibu bapa perlu
memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan
dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam
supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.
Anak-anak
orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka
dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan
pertolongan.
Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan
membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin
maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan
masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati
dengan jiwa masyarakat.
Ibu bapa yang tidak bergaul dengan
masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak
di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di
luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.
Mereka
hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik
sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari
bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan
budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.
Sikap
terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan
kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan
adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta
sebagai 'makhluk yang hidup bermasyarakat'.
Alam kanak-kanak
adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau
kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.
Apabila
kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak
lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan
demikian tersemat dalam hati nurani mereka.
Ketika mendapat
kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi
kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh
mereka. Ini adalah dilema yang dihadapi oleh Sufiah Yusof yang terkenal
sebagai gadis pintar.
Dalam keadaan sedemikian adalah sukar untuk
umat Islam dari negara lain mencampuri urusan peribadi Sufiah kerana
beliau merupakan rakyat Britain. Perlembagaan Britain memberi kebebasan
sepenuhnya kepada remaja berumur lapan belas tahun menikmati hak
kebebasan mereka.
Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mencampuri
urusan peribadi mereka. Pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan
yang diiktiraf oleh perlembagaan British.
Bagi Sufiah yang tidak
mempunyai pendidikan dan kesedaran agama melibatkan diri dalam pelacuran
merupakan sumber pendapatan baginya. Beliau tidak merasai bersalah
kerana kegiatan tersebut merupakan sesuatu yang lumrah dilakukan oleh
pelajar wanita di negara Barat.
Kegiatan tersebut juga telah
menular ke negara ini. Terdapat pelajar-pelajar wanita dari universiti
tempatan juga menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan
untuk kehidupan mewah dan bergaya.
Kerajaan Malaysia tidak
mempunyai hak untuk mencampuri sebarang urusan peribadi rakyat British
mengikut perlembagaan negara tersebut. Adalah sukar bagi sebuah kerajaan
Islam mencampuri urusan peribadi rakyat Britian.
Bagi masyarakat
Britian yang sekular, wang dan harta merupakan matlamat hidup individu.
Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghormati perlembagaan negara
tersebut tanpa mengeruhkan keadaan lantaran untuk membantu seorang
wanita pintar yang menghadapi kejutan budaya.
Urusan Sufiah
sepatutnya diuruskan oleh persatuan-persatuan Islam di Britian dengan
menggunakan pendekatan secara hikmah. Proses pemulihan beliau memerlukan
masa yang lama kerana sistem pendidikan yang dihadapi oleh Sufiah
adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Oleh itu umat
Islam perlu memahami bahawa kebijaksanaan dalam akademik tidak boleh
dijadikan ukuran terhadap kejayaan seseorang individu jika sistem
pendidikan tidak diimbangi dengan pendidikan kerohaniaan dan keagamaan
No comments:
Post a Comment