Friday, November 1, 2013

DIDIK ANAK DENGAN DISIPLIN YANG BETUL

PDF

Written by Abie   
Saturday, 25 July 2009 10:31
Anak kecil anda pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar.

Anak-anak pada usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit. Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu pencapaian mereka setiap hari.

Kadang-kadang, ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda. Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan tersebut sejak dari kecil.

Di bawah ini adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan yang betul: -

Anda hendaklah Konsisten

Konsisten adalah syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.

Jangan lupa bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda sendiri berselerak.

Hapuskan Tarikan Negatif

Anda sudah tahu yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada, percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang terbuka serta  bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan.

Alihkan Tumpuan

Jika anak kecil anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau barangan lain.

Adalah amat penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini, anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain dibolehkan jika dia marah.

Tunjukkan Kasih Sayang

Yang paling penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan sesuatu yang anda tidak suka.

Biarkan anak-anak sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku. Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu ini. 


kanak2 CEMERLANG dari ibu bapa CEMERLANG.

16 cara didik anak berbudi bahasa
Panduan Keibubapaan dan didikan Umum
Written by Ana Nasir   
Saturday, 21 March 2009 21:43
Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Bantu lakukan kerja rumah.
Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.
Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.

Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.

Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.

Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!
                                                                                                                                                                                           References : Pa & Ma

Saturday, September 7, 2013

JAMUAN HARI RAYA~SYAWAL 1434H ^^







ALHAMDULILLAHH..SELESAII...SEDAPP X?? huhuhu tapi cikgu xdak time ni..kna p PKM Jerlun Kursus 3 ari huhu.

Monday, August 19, 2013

POTENSI


Assalammualaikum..
so tibalah Hari Potensi Peringkat Parlimen Padang Serai
pada 7Julai 2013
bertempat di Mini Stadium,Kilang Lama,Kulim Kedah
hanya 3org shj kanak2 yang terlibat pada hari tersebut
iaitu Nurul Alyaa Husna,Dania Damisha Zulaikah dan Nur Alyaa Humaira
jom layannnnnn....(*^)










game : GaLah Panjang!!

Assalammualaikum.
entri tjuk ni lambat upload (*^)
game ni main bulan 6 sebelum puasa untuk lawan di peringkat Parlimen Padang Serai pada 7Julai 2013.












Tuesday, August 6, 2013

malas update..

assalammualaikum..
entri hari ini..MALAS UPDATE..
bukan malas tp xdk mood..mood sume hilang ;(
byk dh kejadian2 yang berlaku kt tabika tp cikgu xsempat lg update..
nt ek..nk rya dh esok!!!

Friday, July 12, 2013

belajar solat dan bacaan dalam solat ^^

AJARI ANAK2 SUCI INI BERSOLAT
KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA ^^

Assalammualaikum anak2 cikgu syg..
hari ni cikgu upload gmbr2 kmu belajar solat hihi..klu tgk dlm gmbr ni ada yang tgk bawah,tgk atas,tgk belakang wt mata juling pun ada haha..
sesungguhnya para ibu bapa sekalian dlm dunia ini..ajarilah anda anda solat seawal usia 5thn kerana pada usia itu pd pendapat sy sudah pandai melakukan gerakkan dlm solat..secara teorinya mereka sudah boleh meniru apa yang diajari oleh para ibu bapa..usia ini juga kanak2 sudah boleh membaca,menghafal,mendengar

meniru,dan mengikut setiap bacaan dlm solat ^^..walaupun pergerakkan tdk sesempurna org dewasa,walaupun bacaan tdk setartil org dewasa tp mereka sudah mampu utk melakukannya..
ajari dr usia kecil krn ia akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa oleh sebab SOLAT itu WAJIB ^^..
seandainya umur 10thn masih belum bersolat..maka rotanlah itu yang di ajari Nabi kta Nabi Muhammad ^^
jangan biarkan mereka leka dan lalai dr agama Allah
p/s: untuk diri sendiri juga..moga hati kta sentiasa suci bersih spt kanak2 sekecil ini..Wallahua'lam

Monday, June 10, 2013

mewarna + membaca

saat kanak-kanak membaca buku cerita dan mewarna..daaaa

aisyah warna penyu..jd penyu rainbow haha

control sbb dpn cmera..

bukan aisyah baca buku..tp selak je buku sb cikgu suh posingg haha

hanan khusyuk..xtau bc ape haha

anisya hepy cikgu amik gmbr..controll ayu

aktviti 9 Jun 2013

tajuk lukisan...lakaran jiwa..huawawa..**

muhammad azhar hafiz
(byk bicara...gelak kuat klu tau cikgu nk kawin huhu..)

dania damisha zulaikha
(girl paling garang..klu marah jeling 360 drjh ^^)

nurul anisya
(paling semangat klu mkn..cikgu susah ati klu shari die xmo mkn ;))

siti nur aisyah 
(kecik je..tp klu xdpt makan..akan banjir tabika cikgu hihi)

muhammad daniel iqbal
(anak emas cikgu..sb dlm mulut ada emas ;)

nur alyaa humaira
(senyap je..tp klu main mak ayah..die akn jd mak)


hanan sofhiah nasution
( mix from indonesia..naik air asia p serdang hahaha..anak2 hihi..)

nurul alyaa husna
(sepupu humaira..senyap juga tp klu main..lajuu)

nur melissa elisya
(rambut baru buka sek hihi)

muhammad alif
(boy paling kecik n paling garang..klu ugut cikgu die paling terorr)

 nurul alieya farisha
(sepupu hanan n melissa..suka belek barang cikgu hihi)

muhammad adam dan muhammad danish amani xdtg sek..sambung cuti sehari lgg..daaaa ^^ hihi